Khamis, 21 Oktober 2010

Ebook Mentor Jutawan

Assalamualaikum wrth brth dan Salam sejahtera,

Sudahkah anda melawat http://www.8jutawan.com/my/mashi ?

Sejak pelancaran ebook Mentor Jutawan, berbagai-bagai testimonial
positif yang kami terima! Mentor Jutawan juga telah dipaparkan di
kaca TV dan juga akhbar.

Ramai yang telah memanfaat daripada ebook Mentor Jutawan dan telah
berjaya menggandakan pendapatan mereka melalui mengimplimentasikan
tip-tip dan petua-petua 8 ikon jutawan Malaysia.

Sekiranya anda masih belum mendapatkannya, sila lawat 
http://www.8jutawan.com/my/mashi untuk melihat apa yang menarik 
sangat mengenai Mentor Jutawan.

Ramai yang telah mendapat manfaat secara "instantly" selepas membaca 
ebook ini. anda juga boleh melihat komen-komen para pembaca di


Jumpa anda di sana!


Testimoni 24 jam selepas e-book Mentor Jutawan dilancarkan:

Sebenarnya saya sudah berjanji pada diri tidak mahu membeli sebarang ebook lagi sebelum saya berjaya sebab sudah terlalu banyak ebook saya beli tetapi ‘belum rezeki’ saya untuk berjaya. Tetapi ebook ‘Mentor Jutawan’ ni berjaya mengamit dan mengetuk pintu hati saya untuk memiliki dan mencari rahsia bukan satu tetapi lapan orang jutawan dalam bidang masing-masing.
Akhirnya saya tewas, ‘Mentor Jutawan’ memang benar-benar satu ebook yang mesti dimiliki oleh setiap orang! Ianya tidak ternilai dengan wang ringgit berbanding ilmu yang dikongsi oleh lapan jutawan ini. ebook ini bukan sahaja sebagai pencetus semangat tetapi banyak ilmu, rahsia dan ikhtibar yang boleh dicontohi.
Jangan fikir dua kali, saya amat mengesyorkan anda memiliki ebook ini. Anda tidak akan rugi satu senpun bahkan anda boleh meraih pendapatan sampingan dengan program ‘affiliate’nya. Hebatkan!

Tq Irfan.

hajijah
July 18th, 2008 at 2:20 pm





Please fill in the form below after you done with Step 1

Full Name:




Email Address:




Phone Number:




Payment Method:




Receipt Number: (for payment via ATM or Bank In)



Please check your mailbox within 24 hours after placing order. Do not forget to check your spam/ bulk folder.


Now, Please proceed to Step 2






This form powered by Freedback

Khamis, 12 Ogos 2010

Ahlan wasahlan, ya Ramadhan 1431H...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Pagi 1 Ramadhan 1431H. Termenung seketika mengenangkan amalan diri sepanjang 11 bulan yang lepas, seolah tiada perkara signifikan yang diri ini dah lakukan. Setelah membaca beberapa bab dari buku hasil penulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim (Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman), terasa diri terlalu kerdil. Siapalah aku di sisiNya.

Hati jadi sebak, air mata bergenang dan hampir tumpah... tapi cepat-cepat dilap dek jari-jemari.

Minda bertanya hati, "Kamu takut untuk menagis?"

Hati ini menjawab, "Tidak, bukan takut... tapi bimbang"

Minda kembali bertanya, "Bimbang?. Bimbangkankan apa?"

Hati dengan perlahan dan sayu membalas "Aku bimbang air mata ini air mata yang datang hasil kepura-puraan, bukan kerana aku benar-benar takutkan Penciptaku. Kenapa aku berkata begitu?, kerana dulu aku pernah menangis begini, tetapi aku masih berat dan malas melakukan perintahNya. Subhanallah, ampunilah dosaku ini".








Ahad, 2 Mei 2010

Update...

Dengan nama Allah SWT...

Dah lama aku tak update or buat entri baru... Beginilah hidup, kerja melebihi masa yang ada, bertuahlah pada hambaNYa yang pandai mengurus masa. Bagi diriku, tak berai lagi kata aku ni pandai urus masa.

Aci tak kali ni tak nak menaip banyak-banyak, nak letak gambar je?

Gambar bersama-sama rakan seperjuangan dari FST meraikan sambutan hari raya tahun lepas, buat pot luck! Best, Jamal dgn ayam kuzinya, kak syarifah dengan lontongnya, fatin dengan tok aji serbannya, lawal dengan 100 plusnya, balqis dengan sosej gulungnya, kak ju dengan spegettinya dan aku dengan kek roti dan puding. Banyak lagi, tak tersebut kat sini.. jangan marah tau yang lain...


Ini pulak even terbaru pada 26 April 2010, Seminar IHRAM-IT-Tech-Agilent. Apa yang best, kerjasama dah neywork yang wujud dalam menjayakan seminar ni... Thanks for all.

Isnin, 29 Mac 2010

Sehari dalam hidup Humaira...



Mengintai tunggu babah balik... adeh, lama dah tunggu ni, lum sampai lagi..


Comel tak pakai kopiah babah?

Ahad, 28 Mac 2010

Alahai keletah cik merah...




Dah lama tak menulis, sibuk dengan tanggungjawab harian, sebagai isteri, ibu, anak, palajar dan etc. Tup, tup.. sedar-sedar cik merah dah nak boleh berjalan. Hari ni dah masuk seminggu cik merah duk tunjuk skil berjalan, cuma satu je tabiat baru datang selain boleh melangkah, iaitu, tak nak pakai baju waktu siang. Tak tahu la macam mana keadaan cik merah di nursery, agaknya tak nak pakai baju jugak. Tambah lagi dengan pampers yang melandut je.. kelakar bila tengok.
Bila nak elak cik merah kacau time solat, bagi je dia tonton dan dengar lagu kat laptop, dapatlah earn time sikit untuk solat... kalau tak, nak je dia bergayut sampai terlondeh kain telekong...
Ape pun sayang, mama doakan, humaira jadi anak solehah, menjaga hubungan dengan Allah SWT and juga hubungan dengan manusia. Hidup ni kosong tanpa agama.

Sabtu, 9 Januari 2010

2009 sudah berlalu...

Sekejap saja masa berlalu, pejam celik, pejam celik... dah masuk tahun 2010, yang belum lagi tahu apa yang bakal dikecapi. Tapi apa yang dikutip sepanjang tahun 2009 tak akan disia-siakan. Banyak memori penting berlaku dalam 2009. Salah satu perkara yang paling menakjubkan bagiku, melahirkan anak. Pengalaman pertama mengandung dan bersalin satu yang mengujakan bagiku. Alhamdulillah, kehadiran seorang cahaya mata perempuan yang comel menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga.