Isnin, 29 Mac 2010

Sehari dalam hidup Humaira...



Mengintai tunggu babah balik... adeh, lama dah tunggu ni, lum sampai lagi..


Comel tak pakai kopiah babah?

Ahad, 28 Mac 2010

Alahai keletah cik merah...




Dah lama tak menulis, sibuk dengan tanggungjawab harian, sebagai isteri, ibu, anak, palajar dan etc. Tup, tup.. sedar-sedar cik merah dah nak boleh berjalan. Hari ni dah masuk seminggu cik merah duk tunjuk skil berjalan, cuma satu je tabiat baru datang selain boleh melangkah, iaitu, tak nak pakai baju waktu siang. Tak tahu la macam mana keadaan cik merah di nursery, agaknya tak nak pakai baju jugak. Tambah lagi dengan pampers yang melandut je.. kelakar bila tengok.
Bila nak elak cik merah kacau time solat, bagi je dia tonton dan dengar lagu kat laptop, dapatlah earn time sikit untuk solat... kalau tak, nak je dia bergayut sampai terlondeh kain telekong...
Ape pun sayang, mama doakan, humaira jadi anak solehah, menjaga hubungan dengan Allah SWT and juga hubungan dengan manusia. Hidup ni kosong tanpa agama.